Sabtu, 23 Mei 2009

Sabtu, 16 Mei 2009

PANDUAN JIMAK

TERTIB JIMAK

BUKU PANDUAN SUDAH LAMA WUJUD

Hubungan intim dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan jika

Hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokkan. Oleh itu, lakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri.

Pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu. Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal atau mengikut tertib.

Banyak buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud sebagai rujukan seperti KAMASUTRA oleh pendita india, vatsayana, buku bertajuk KEBUN HARUM atau PERFUME GARDEN oleh ahli falsafah islam, SHEIKH NEFZAWI, dan yang terbaru THE JOY OF SEX oleh alex comfort.

Buku ini mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya bersetubuh, termasuk cara memulakannya. Panduan jimak dalam islam juga diketengahkan oleh IMAM AL-SUYUTI dan AL-NAWAWI.

Malah, rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya, termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh, secara tertibnya, suami perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima kemasukan zakar ke dalam faraj. Jika suami tidak melakukan itu dan masuk tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati tuhan.

Jadi hubungan seksual dalam pandangan islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekaligus mustahak untuk mereka berusaha menjayakannya.

Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke bahagian tubuh yang merangsangkan.

Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar.

Jika isteri cemas atau “seriau” (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang berlaku.

Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk mengelak ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.

Paling penting, hubungan intim perlu mengikut tertib atau adab kerana bukan hanya mengikut kehendak agama, tetapi juga mampu membantu pasangan itu mencapai klimaks dan memuaskan hati ketika hubungan.

BICARA AGAMA

Adab berjimak

SOALAN:

Apakah pandangan Islam, mengenai hak seorang isteri ke atas suaminya. Ada di antara suami yang gagal menunaikan hak isterinya khususnya dalam menunaikan jimak, dengan alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti di luar.

JAWAPAN:


Jimak adalah hak seorang isteri yang wajib ke atas suaminya merupakan pandangan Ibn Qudamah al-hanbaliy, al-Wat’u, wajib atas seorang lelaki. Maksudnya, wajib ke atas seorang suami ‘mendampingi’ isterinya sekiranya dia tidak uzur, ini pandangan Imam Malik.
Dalil yang mewajibkan jimak ialah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa’: 129).
Berdasarkan ayat ini Imam al-Jashsas berkata, si isteri wajib mendapatkan nafkah batin daripada suaminya. Ini kerana ayat di atas adalah menjadi dalil bahawa jangan tinggalkan isteri-isteri kamu dalam keadaan tergantung (tidak menunaikan hak jimak ke atas mereka).
Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash yang bermaksud: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai Abdullah bukankah aku telah memberitahu engkau bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersolat malam (secara berterusan)? Aku menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jangan buat begitu, puasalah engkau dan berbuka, bangun malam untuk solat dan tidur, sesungguhnya jasad engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya mata engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya isteri engkau mempunyai hak ke atas engkau.
Dalam mensyarahkan hadis ini ulama berpendapat: Tidak harus bagi seorang suami hanya mementingkan ibadat sehingga lalai dari menunaikan hak seorang isteri.
Di dalam syariat Islam nikah adalah untuk memelihara kemaslahatan suami dan isteri demi memelihara maruah diri supaya tidak melakukan suatu yang ditegah oleh Allah sehingga melangsaikan keinginan nafsu pada jalan yang haram.
Di dalam athar sahabah, Umar bin al-Khattab r.a telah memutuskan keputusan di dalam qada ke atas Kaab bin Siwar supaya seorang lelaki hendaklah bermalam bersama isterinya setiap empat malam sekali.
Dalam memperhalusi fatwa Umar ini Ibn Qudamah menyatakan: "Sesungguhnya keputusan Umar ini tersebar dan tiada yang membantahnya dan ia dipersetujui oleh ulama (ijmak). (Ibn Qudamah, al-Mughniy, jld:7, hlm: 29).
Maka bagi suami yang bersama dengan isterinya bukan dalam musafir, maka hendaklah menunaikan hak isterinya paling tidak empat hari sekali. Pandangan ini disokong oleh Imam al-Ghazali.
Di dalam menunaikan hak nafsu pada jalan yang halal ini, Islam telah mengajar umatnya supaya memelihara adab-adab berjimak supaya tidak melampaui batasan syarak.
Di antaranya ialah:

1- Melafazkan bismillah, dan mohon perlindungan dari kerterlibatan syaitan dalam jimak.
Telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ada di antara kalian yang ingin mendatangi isterinya (jimak) hendak membaca: Bismillah, Allahumma jannibna al-Syaitan wa jannib al-syaitan maa razaqtana, sekiranya mereka berdua dikurniakan anak maka anak itu tidak akan dimudaratkan oleh syaitan". (al-Bukhari, Syarah al-‘Asqalaniy, jld:9, hlm: 305).

2. Hampir tidak dipelihara ialah menutup tubuh ketika mengadakan hubungan kelamin.
Baginda Rasulullah SAW ada berpesan, melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu ingin mendatangi isterinya maka hendaklah menutup dan jangan telanjang bulat seperti keldai liar". (Ibn Majah, jld: 1, hlm: 619).

3. Tidak menyetubuhi isteri di sisi isteri yang lain atau didengari oleh isteri yang lain.

4. Tidak menghadap kiblat, antara adab yang jarang didedahkan ialah tidak menghadap kiblat ketika jimak.
Ini kerana Amru bin Hazam dan athar menghukum perbuatan menghadap kiblat ketika jimak dan bercakap banyak ketika jimak sebagai makruh.
Perkara ini pernah ditegur oleh Rasulullah saw dalam hadis yang bermaksud: "Jangan kamu banyak berbicara ketika berjimak dengan isteri-isteri kamu". (al-Mughniy, jld:7, hlm: 25).

5. Mencapai kepuasan dalam jimak. Tidak dikira sempurna jimak itu selagi tidak mencapai kepuasan oleh pasangan suami dan isteri.
Kesimpulannya, walaupun jimak adalah ibadat, dalam melakukan ibadat kita mengharapkan agar ia membawa maksud yang positif kepada si pengamalnya.
Justeru, adalah wajar bagi setiap pasangan memelihara adab dan menjaga batasan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan kehendak nafsu sehingga melakukan suatu yang bukan dari budaya Islam.